Selasa, 11 Oktober 2011

Sifat Pemaaf Nabi MUHAMMAD SAW

NABI Muhammad SAW ialah seorang nabi dan rasul yang memiliki akhlak terpuji. Baginda seorang insan mulia yang sanggup memaafkan kesalahan orang lain.
Pada suatu hari, ketika baginda sedang berehat-rehat, datanglah seorang wanita Yahudi membawa hidangan yang lazat berupa kambing panggang.
Wanita itu mengetahui bahawa Rasulullah amat gemar kambing panggang.
Bagian kegemaran ialah paha kanan bagian depan. Lalu wanita tersebut menabur racun di atas kambing panggang itu.
Dia melebihkan racun di paha kanan hadapan kambing yang dihidangkan itu.
Setelah melihat hidangan itu, maka Rasulullah pun Terasa lapar. Selepas membaca bismillah, baginda pun makan dengan berselera sekali.
RASULULLaH makan bersama seorang sahabat, Bisyir bin Barra bin Ma’rur. Namun, sewaktu baginda sedang mengunyah makanan itu, timbul perasaan was-was di hati.
Rasulullah pun mengeluarkan kembali daging kambing panggang yang sedang dikunyah.
Ternyata suara hati baginda itu benar. Bisyir bin Barra bin Ma’rur telah menjadi korban. Sahabat rasul itu meninggal dunia karena memakan racun dalam makanan tersebut.
Rasulullah pun bertanya dan wanita Yahudi itu mengaku secara berterus terang tanpa berlindung berkata: “Aku mau menguji kamu. Jika engkau seorang rasul, sudah pasti engkau akan mendapat petunjuk mengenai hal ini. Tetapi kalau engkau hanya orang biasa, maka aku pasti merasa puas kerana dapat menyingkirmu kerana engkau telah banyak membawa menghancurkan kaum Yahudi.”
Rasulullah mendengar penjelasan wanita itu dengan tenang. Kemudian, rasul pun memaafkan wanita itu. rasul tidak menghukum wanita itu walaupun perbuatannya itu tlah mengakibatkan kematian seorang sahabat rasulullah saw.
rasulullah saw sanggup memberi maaf kepada seorang wanita yang ternyata mau membunuhnya..
begitu indah akhlak sayyidina muhammad saw

Tidak ada komentar:

Posting Komentar